Tuesday, December 8, 2009

Ikan Kelisa Jenis HighBack Golden


Ikan ini di pelihara di rumah daripda kecil (tarikh beli 18/08/2008) sehingga sekarang. Kelisa jenis highback mempunyai pasaran yang agak mengalakkan kerana spesis ini berada dikatagori pertengahan kerana ramai yang mampu membelinya harga sekitar RM430.00-RM500.00, harga ini tak semestinya tepat kerana ia mengikut harga daripada pengusaha kolam. Jika permintaan terlalu banyak mungkin harganya boleh melambung naik.

Arowana Asia atau lebih dikenali oleh masyarakat Melayu di Malaysia sebagai "ikan kelisa" serta "Dragon Fish" oleh sesetengah masyarakat Cina khususnya dan "Dragon Bonytongues" oleh para pengekspot/pengimpot ikan-ikan hiasan amnya, adalah spesis ikan hiasan eksotik air tawar yang amat diidamkan oleh kebanyakan pemelihara ikan hiasan akuarium. Ini adalah kerana, spesis ini mampu mempamirkan keasliannya sebagai ikan hiasan klasik yang bermutu tinggi!

Ikan Kelisa Jenis BanjaRed